About Me

My photo
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
>In a ReLAtiONsHip >23rd March 1989,already 25 >SiMPle bUt tReNDY perSon,somEtimES difficUlt tO mAkes DeCISion n NeeD tHe SomEBoDY OpiNIOn.

Sunday, October 31, 2010

DuLU + seKArAng..

video


Dulu masa kecilku,hayatilah ceritera ini....
Uwekkk!!Uwekk!!Aku dilahirkan di kampungku Senggarang,Batu Pahat pada 23 Mac 1989 jam 3.30 pagi. Jadi aku anak jati negeri Johor Darul Takzim. Kata mak aku disambut oleh arwah nenek dengan keadaan tali pusat berbelit di leher. Tak kisahlah janji aku dapat melihat dunia,syukur kepada Tuhan. Aku diberi nama Saudah binti Mohd Razip oleh ayah yang bererti kebahagiaan dan ketenangan. Ada hikmah di sebalik nama itu di mana zaman kanak-kanak yang aku lalui penuh dengan kasih sayang ayah dan emak walaupun kehidupan kami serba sederhana. Kebahagiaan ini tidak dapat dikecapi tanpa kehadiran adik-beradikku yang lain iaitu abang dan adik. " Gembeng " inilah panggilan aku semasa kecil,bak kata orang Jawa " kuat menangis " Ermm tak tahulah betul ke tak mitos ini??..Whatever la,itu dulu sekarang lain pulak..

Sekarang,pelbagai ceritera..
Masa berputar dengan laju,begitulah dengan usiaku sekarang yang sudah 21 tahun. Pelbagai senario yang aku lalui ada suka dan duka,biasalah ' feeling ' dah ada. Zaman kanak-kanak dan alam persekolahan hanya tinggal kenangan dan tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Kalau nak dikatakan zaman persekolahan yang banyak kenangan manis kerana dari situ aku dapat mempelajari pelbagai ilmu di samping kehadiran guru dan kawan dalam hidupku. Walaupun aku berstatus single,tak menjadi masalah bagiku kerana mereka dapat menghiburkanku di kala kesunyian. Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2008, aku membuat keputusan untuk menjadi seorang pendidik mengikut jejak langkah arwah datuk. Huhhh,banyak cabarannya untuk mendidik anak bangsa,tuhan saja yang tahu. Nasib baiklah aku ni orangnya penyabar dan penyayang..hehe..Cerita mengenai diri aku tak banyak yang menarik,' simple ' saja orangya tapi tetap bergaya. Alhamdulilah aku dilahirkan cukup sifat dan rupa,yang penting kecantikan seseorang itu dari hati. Sekarang aku perlu menentukan sendiri hala tuju hidupku dengan berbekalkan iman dan fikiran yang matang bukan lagi budak hingusan yang perlu tunjuk ajar mak dan ayah. Rezeki,jodoh dan pertemuan di tangan tuhan, kita mampu berusaha. Dia yang menentukan-Nya.