About Me

My photo
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
>In a ReLAtiONsHip >23rd March 1989,already 25 >SiMPle bUt tReNDY perSon,somEtimES difficUlt tO mAkes DeCISion n NeeD tHe SomEBoDY OpiNIOn.

Wednesday, December 29, 2010

Spent My Time

    Sory to all reader coz 3 weeks Auda bze dengan kursus guru prasekolah di Hotel Selesa Pasir Gudang. Tak dapat nak enjoy time cuti sekolah..huhu..Dah habis lega rasa ye dapat update my blog. Entry kali ni auda nak share tentang hobi di waktu lapang...

                                                 1. Of course blogging / surfing internet

Before blogging, aku mesti siapkan kerja2 dulu sebab kalau dah mengadap laptop dr pagi sampai ke petang bru stop..hehe..Nasib baik masih single lagi, kalau ada 'boy' tak terlayan nanti..kecian..huhu..facebook pun tak sempat nak update kalau dah bze dengan blog.

                                                               2. Painting / Drawing




Hobi ni sejak zmn sekolah lg, kalau ada pertandingan mewarna atau melukis aku mesti ambil bahagian. Dapat tempat pertama semasa di sekolah rendah dan saguhati semasa di sekolah menengah. Kadang2 aku dapat luahkan perasaan melalui lukisan. Sesiapa yg 'stress' tu try lah aktiviti ni drpd buat kerja2 yg tak berfaedah. Betul tak?Pikirlah sendiri..hehe..


.

Thursday, November 18, 2010

"Aku Seorang Pengawas"

  Aku memikul tanggungjawab sebagai pengawas perpustakaan pada tahun 2006 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai (SMKKM). Ketika itu aku di tingkatan 5 Sains 1 dan menduduki peperiksaan SPM. Suara-suara sumbang mengatakan yang pengawas ni 'mawas'. Dalam ati tu geram pun ada tapi aku tak peduli, jnji aku dapat menjalankan tugas dengan baik. Hayatilah ceritera ini...


 Notis : Perpustakaan bukan tempat untuk pelajar berasmara atau simboliknya di panggil 'dating'.

  Ada lagi satu senario,ketika aku dilantik sebagai pengawas sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan  Pasir Gudang 2 (SMKPG2). Aktif jugak memegang jawatan, walaupun sibuk dengan persediaan menghadapi STPM. Pelbagai ceritera yg berlaku selama 2 tahun aku bertugas antaranya adalah....


 Notis : Merokok membahayakan kesihatan dan patuhilah undang-undang sekolah.
 

Sunday, November 14, 2010

Ops! Wrong Number


  Seorang suami telefon ke rumahnya ketika 'outstation' dan kebetulan yg menjawab panggilan telefon adalah seorang tukang gaji.

Suami : Hello,selamat petang. Puan ada?
Oka : Selamat petang. Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
Oka : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
Oka : Saya baru je kerja ari ni.
Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
Oka : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
Oka : La....sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yg tidur dengan puan ke?
Oka : Ya, encik.
Suami : Tak guna!!!!! (@#$%*?) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta.
Oka : Boleh, apa yg boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
Oka : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
Oka : (termenung)?????
Suami : Macam mana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1 juta lagi.
Oka : Baik encik, saya akan lakukan.
Suami : Cepat!!!! Saya tunggu!

  Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang....bang....bang...

Oka : Sudah, encik.
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
Oka : Kolam renang yg mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
Oka : Tak ada, encik. Di belakang rumah cuma ada kebun.
Suami : Yeke ni?
Oka : Iya!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
Oka : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Ops! 'sorry' salah nombor.

Sunday, November 7, 2010

Tips Tetap Cantik W'pun ' Stress '

    Kehidupan kita tidak terlepas dari tekanan,bak kta owg putih 'stress'. Di kesempatan ini Auda ingin berkongsi kepada semua kaum hawa di luar sana sma ada yang masih belajar,bekerja ataupun yg mnjadi suri rumah sepenuh msa mengenai tips ini.




1. Stress penyebab kulit berjerawat : bersihkan kulit wajah dengan usapkan kapas yang sudah diletakkan 'toner'.

2. Basmi mata sembab : tekan sudut dlm mata dgn jari tengah selama beberapa minit kemudian tekan daerah bhagian tgah alis mata dan akhir skali lakukan urutan pd bhagian sudut luar mata.

3. Duduk di bwh sinar matahari slama 15 minit sehari : kekurgan sinar mtahari boleh menyebabkan otak mengatur 'mood' yg tidak baik. 

4. Minum minuman panas atau suam : teh hijau adalah pilihn yg tepat kerana mengandungi zat antioksidan.

    ~ SeLAmat MeNcuBA~

Sunday, October 31, 2010

DuLU + seKArAng..

video


Dulu masa kecilku,hayatilah ceritera ini....
Uwekkk!!Uwekk!!Aku dilahirkan di kampungku Senggarang,Batu Pahat pada 23 Mac 1989 jam 3.30 pagi. Jadi aku anak jati negeri Johor Darul Takzim. Kata mak aku disambut oleh arwah nenek dengan keadaan tali pusat berbelit di leher. Tak kisahlah janji aku dapat melihat dunia,syukur kepada Tuhan. Aku diberi nama Saudah binti Mohd Razip oleh ayah yang bererti kebahagiaan dan ketenangan. Ada hikmah di sebalik nama itu di mana zaman kanak-kanak yang aku lalui penuh dengan kasih sayang ayah dan emak walaupun kehidupan kami serba sederhana. Kebahagiaan ini tidak dapat dikecapi tanpa kehadiran adik-beradikku yang lain iaitu abang dan adik. " Gembeng " inilah panggilan aku semasa kecil,bak kata orang Jawa " kuat menangis " Ermm tak tahulah betul ke tak mitos ini??..Whatever la,itu dulu sekarang lain pulak..

Sekarang,pelbagai ceritera..
Masa berputar dengan laju,begitulah dengan usiaku sekarang yang sudah 21 tahun. Pelbagai senario yang aku lalui ada suka dan duka,biasalah ' feeling ' dah ada. Zaman kanak-kanak dan alam persekolahan hanya tinggal kenangan dan tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Kalau nak dikatakan zaman persekolahan yang banyak kenangan manis kerana dari situ aku dapat mempelajari pelbagai ilmu di samping kehadiran guru dan kawan dalam hidupku. Walaupun aku berstatus single,tak menjadi masalah bagiku kerana mereka dapat menghiburkanku di kala kesunyian. Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2008, aku membuat keputusan untuk menjadi seorang pendidik mengikut jejak langkah arwah datuk. Huhhh,banyak cabarannya untuk mendidik anak bangsa,tuhan saja yang tahu. Nasib baiklah aku ni orangnya penyabar dan penyayang..hehe..Cerita mengenai diri aku tak banyak yang menarik,' simple ' saja orangya tapi tetap bergaya. Alhamdulilah aku dilahirkan cukup sifat dan rupa,yang penting kecantikan seseorang itu dari hati. Sekarang aku perlu menentukan sendiri hala tuju hidupku dengan berbekalkan iman dan fikiran yang matang bukan lagi budak hingusan yang perlu tunjuk ajar mak dan ayah. Rezeki,jodoh dan pertemuan di tangan tuhan, kita mampu berusaha. Dia yang menentukan-Nya.